Friday, March 28, 2008

Smart Board (11.03.08)

Interaktif WHiteboard.
Inilah agenda semua pelajar kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan DPLI. Hari ini semua kelas bergabung dalam makmal 2 Blok E. Sampai sahaja pagi ini kelas dah berisi, Cik Umi dan moderator Cik Fenny dah sedia menanti kehadiran kami semua.

Kelas dimulakan dengan penerangan pengenalan kepada IWB oleh Cik Fenny. Mula-mula tengok teruja seketika dengan kemajuan teknologi canggih zaman siber. Tapi bila difikirkan apa relevannya IWB dengan sekolah pedalaman yang serba kekurangan. Bila kita bercakap soal kemajuan teknologi kita kadangkala terlupa berapa banyak sekolah luar bandar dan pedalaman yang masih serba kekurangan. Insaf diri seketika.

Walau apapun sebagai guru nahu atau tidak mesti mempelajari setiap bidang ilmu baru sebagai bekalan. Seronok juga melihat Cik Fenny dengan mudahnya menggunakan segala tools yang ada dengan hujung jari. Tetapi apabila ada di kalangan kami yang diminta menulis di hadapan, barulah tahu tak semudah yang dilihat.

Selepas selesai sesi penerangan kami semua diminta buat satu aktiviti berkaitan dengan IWB bagi pendidikan Islam. Maka ramailah yang mula melakar dan buat aktiviti dengan menggunakan segala macam cara. Sekejap padam, sekejap tulis, rupa-rupanya lambat dan makan masa kalau hendak menghasilkan aktiviti menggunakan IWB. Hanya yang bertekun dan bersabar sahaja mampu melaksanakannya.

Sebelum kelas berakhir, kami diminta install software smartboard. Tugasan berikutnya kami semua dikehendaki menghasilkan aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam menggunakan IWB. Tugasan perlu diserahkan dan dibentangkan pada minggu terakhir. Harap-harap dapatlah menyelesaikan tugasan ini dengan baik walaupun masih bertimbun tugasan pensyarah lain yang belum selesai. Jumpa lagi di sesi berikutnya.

Mikro Teaching & Lesson Plan Pendidikan Islam (04.03.08)

Alhamdulillah, hari yang ditunggu untuk buat mikro teaching tiba juga akhirnya selepas tertangguh pada minggu lepas. Hari ini berdebar juga rasanya. Minggu lepas sempat lagi kenakan Sharmila suruh dia bentang sebagai denda tak datang sesi diskusi kali terakhir sebelum pembentangan. Pucat juga lah kawan kita yang seorang ni. Maaf ye Sha, akak gurau je.

Masa cabut undi minggu sebelumnya, sepatutnya kumpulan kami, Butterfly.net yang jadi kumpulan pertama buat mikro teaching. Tapi ada permintaan kumpulan lain nak bentang dulu. Jadi guru pertama mengajar adalah Ustazah Solehah, kumpulan kami pula ditugaskan oleh Cik Chin menilai kumpulan ini. Masa yang ditunggu pun tiba, kali ini kumpulan kami akan tunjukkan perlaksanaan Lesson Plan untuk mikro teaching Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, tajuk berkaitan Adab Memberi Sedekah dan Menerima Hadiah.

Sewaktu mula pembentangan berdebarnya hanya Allah yang tahu, mujurlah pengalaman mengajar dapat membantu untuk lakukan yang terbaik. Rakan-rakan yang lain pun dah banyak membantu dari segi nak buat lesson plan sampailah ke penyediaan bahan. Terima kasih khas buat adik-adikku Zi, Faridah dan Sharmila, semoga Tuhan memberkati usaha kita semua.

Kami mulakan mikro teaching dengan tayangan gambar untuk set induksi, Alhamdulillah jawapan yang diberikan menepati ramalan untuk meneruskan pengajian kepada topik perbincangan sebenar.




Sesi pengajaran seterusnya berjalan lancar. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat dalam kelas yang memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, memang anda semua pelakon yang berbakat. Terasa respon yang diberi memberi semangat untuk terus mengajar sebaik mungkin.

Kami akhiri mikro teaching dengan simulasi / tunjuk cara adab memberi hadiah daripada seorang ayah kepada anaknya. Terima kasih kepada pelakon utamanya Nizam dan Shahnaz atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya kumpulan terakhir yang membentang adalah kumpulan Ustaz Hadi yang mengajar bab ibadah. Macam-macam gaya pengajaran yang boleh dilihat hari ini. Semoga kita semua akan mengambil iktibar daripada mikro teaching hari ini sebagai bekalan semester depan untuk mikro teachiing yang sebenarnya.

PROMOSI MAKMAL KOMPUTER (19.02.08)

Minggu ini saya datang ke kelas seperti biasa awal daripada waktunya. Hari ini kumpulan saya bersama rakan-rakan yang lain akan membentangkan tugasan yang diberi berkenaan Promosi Makmal Komputer. Kumpulan kami dinamakan Butterfly.net, rasionalnya sebab rama-rama tu selalu terbang ke sana sini meneroka setiap sudut alam, jadi kami pun jadikan rama-rama sebagai contoh eksplorasi ilmu dalam dunia teknologi tanpa sempadan ini. Ahli kumpulan terdiri daripada saya dan tiga sahabat berkomitmen padu iaitu, Nurzihana, Che Sharmila dan Faridah.

Minggu lepas kami dah bincang nak buat promosi makmal melalui program Minggu Makmal Komputer yang akan berlangsung dari 3 - 7 Mac 2008 bertempat di sekolah menengah yang kami mengajar. Antara objektif penganjuran program ialah :

1. Mendedahkan pelajar dan guru kepada kepentingan penggunaan makmal komputer.
2. Memupuk minat para pelajar untuk mempelajari teknologi maklumat.
3. Menggalakkan guru-guru mengaplikasikan perisian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)

Aktiviti yang dirancang untuk Minggu Makmal Komputer ini terdiri daripada :

PROGRAM 1 : PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER
TARIKH : 3 MAC 2008 (GURU-GURU)
4 – 5 MAC 2008 (TINGKATAN 1-3)
6 MAC 2008 (TINGKATAN 4 & 5)
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

TEMA :TEKNOLOGI MAKLUMAT MERENTAS KURIKULUM

Misi
Menguasai pengetahuan dan kemahiran
literasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Visi
Melahirkan generasi celik IT yang mampu mengaplikasi penggunaannya dalam
kehidupan

MotoMemartabatkan pendidikan dengan
penguasaan teknologi maklumat

Piagam Pelanggan
Maka kami dengan penuh tekad dan iltizam
berjuang menyempurnakan hak-hak pelanggan
kami seperti berikut :

PROGRAM 2 : PERTANDINGAN
TARIKH : 6 MAC 2008
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH


1.GURU- Menghasilkan bahan pengajaran subjek masing-masing dengan menggunakan perisian daripada laman web yang berkaitan.

2.PELAJARMenghasilkan perisian persembahan “power point” berkaitan teknologi maklumat bagi kategori menengah rendah dan menengah atas.

~HADIAH MENARIK MENANTI PARA PESERTA~

PROGRAM 3 : PAMERAN
TARIKH : 3 -7 MAC 2008
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH


PROGRAM 4 : PENUTUP
TARIKH : 7 MAC 2008
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH


Hari ini kelas kami bergabung dengan kelas Prof Saedah Siraj, memandangkan Prof ada urursan. Maka pembentangan hari ini diadakan dalam Makmal Komputer 2, Blok E. Berdebar juga rasanya, maklumlah sebelum ini cuma belajar sesama kami sahaja dengan cik Chin. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar.

Kumpulan kami akan menjadi pembentang kedua. Sebelum pembentangan dimulakan kami upload file promosi makmal komputer ini ke yahoo group. Kami juga telah menyediakan brosur berkenaan program Minggu Makmal Komputer sebagai edaran kepada semua kumpulan.

Semasa pembentangan wakil kami, Faridah menerangkan setiap langkah aktiviti yang akan diadakan. Kami juga melibatkan penyertaan rakan-rakan untuk menjawab soalan penulisan jawi. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Selesai pembentangan kami terpaksa memikirkan pembentangan mikro teaching untuk subjek Pendidikan Islam bagi tugasan Lesson Plan. Minggu depan cikgu-cikgu di kelas cik Chin akan memulakan sesi P&P. Semoga kita semua berjaya melakukan yang terbaik. Wallahu A'lam.

Friday, February 01, 2008

Kuliah MInggu ke-4 (Inisiatif 2 -PPSMI)


Bertemu kembali pada minggu ke-4 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Minggu ini bermula dengan semangat nak datang kelas awal untuk edit blog minggu lepas yang tidak sempat disiapkan. Malangnya hari ini makmal komputer kumpulan 1 belum dibuka. Maka, para pelajar yang penuh semangat datang awal pun melepak dulu di luar kelas berbincang tentang tugasan yang makin banyak perlu diselesaikan sementara menantikan kehadiran cik Chin.
Sebelum memulakan kelas hari ini cik Chin menerangkan mengenai kaedah penilaian bagi kursus ini sepertimana berikut:

i. 40% berdasarkan penilaian berterusan yang terdiri daripada :
~ 20% - IWB
~ 10% - tugasan kumpulan
~ 10% - blogging
ii. 60% Ujian bertulis

Kuliah hari ini bermula dengan penerangan mengenai ETeMS @ PPSMI. Maklumat mengenai PPSMI boleh didapati di laman web http://www.tutor.com.my/etems . Laman web ini membolehkan guru-guru menggunakan bahan-bahan yang disediakan sebagai media pengajaran. Laman web ini merangkumi perkara berikut :


Introduction
What is ETeMS?
ETeMS has been proposed as an urgent interim measure to ensure that teachers of mathematics and science (MST) will have basic capacity to use English as the medium of instruction. Bearing in mind the limited duration of interaction, ETeMS is not to be regarded as a complete language development course, but rather, one of several support mechanisms introduced by the Ministry of Education to encourage the MST to further develop their English language competence to a level that will engender optimal performance in and outside the classroom.

The overall aim of ETeMS...
To enhance the English language skills of Mathematics and Science teachers to enable them to reach effectively using English as the medium of instruction.

General Info
Acknowledgements

Facilitators Module
Trainer Notes
Introduction
Buddy-building
Winds of Change
Trying it Out
A Journey of Discovery
ETeMS
Select, Adapt, Teach
Reading Circles
Countdown
Scripting
Management System
Networking
Facilitators Notes
Scripting Lesson
Numbers lab
Crunching Numbers
Reading Circle 1
Reading Circle 2
Teachers Module
Primary
Module 1
Text Lab
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Stand & Deliver
Back to the Future
Module 2
Text Lab
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Text Lab 2
Stand & Deliver
Back to the Future
Module 3
Text Lab
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Text Lab 2
Stand & Deliver
Back to the Future
Module 4
Text Lab
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Text Lab 2
Stand & Deliver
Back to the Future
Module 5
Text Lab
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Stand & Deliver
Back to the Future
Secondary
Module 1
Text Lab
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Stand & Deliver
Back to the Future
Module 2
Introduction
Text Lab 1
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Text Lab 2
Stand & Deliver
Module 3
Text Lab 1
LanguageLab 1
LanguageLab 2
Text Lab 2
Stand & Deliver
Back to the Future

Dalam penerangan mengenai laman web ini cik Chin sempat menjelaskan secara ringkas beberapa menu yang terkandung di dalam laman web etems ini.
Selanjutnya kami beralih ke laman web myschoolnet di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/index.htm. Menu utama merujuk kepada pentadbir, guru dan pelajar. Memandangkan PPSMI ini melibatkan proses pengajaran guru, maka cik Chin menerangkan kepada kami perkara berkaitan dengan guru yang mengandungi item berikut:

Model P & P

Dalam ruangan ini, terdapat penerangan ringkas tentang pelbagai teori serta model amalan pengajaran dan pembelajaran terkini seperti Teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences), model gaya pembelajaran, pembelajaran koperatif/kolaboratif, pembelajaran kecerdasan otak dan lain-lain.

Teaching Approaches
Teknologi Pengajaran
Kajian Tindakan
Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir
Pembelajaran Masteri
Kecerdasan Pelbagai

Pentaksiran
Lembaga Peperiksaan Malaysia

Belajar IT

TUTORIAL PERISIAN

Perkakasan Komputer
Pemasangan Komputer Peribadi
Konfigurasi Bios
Penyediaan Cakera Keras Baru
Pemasangan Pemacu Perkakasan
'Troubleshooting'
Pengenalan, perkakasan dll
Authorware
Director
Dreamweaver
Fireworks
Flash
Paint Shop Pro
Photoshop
Modul Pembelajaran

Tutorial MsWord
Membina jadual pemarkahan ujian bulanan
Penggunaan Macro
Mencipta dan membina templat
Tips and Trick
Tutorial PowerPoint
Membina Graf
Penggunaan wizard, masukkan teks, grafik, tambah slide, format transisi, papar slide dan banyak lagi.
TutorialDreamweaver
MembinaLaman Web dengan Dreamweaver
Lain-lain tutorial HTML dalam Bahasa Melayu
Tutorial Photoshop
Tutorial Windows

Pakatan Pintar

Malaysian - British School Link Programme
Montage Malaysia
ICT-In-Contact
Koleksi Bahan Inovasi Anugerah Guru Inovatif 1995 - 2001

SP & HSP

Proses Penggubalan dan Penyemakan Semula Kurikulum KBSR/KBSM
Senarai mata pelajaran di bawah tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum mengikut bidang-bidang:
BIDANG BAHASA
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Etnik
Bahasa Jepun
Bahasa Perancis
Bahasa Jerman

BIDANG P. TEKNIK & VOKASIONAL
Kemahiran Hidup dan Rekacipta
Pendidikan Vokasional

BIDANG P. TEKNOLOGI MAKLUMAT
Mata Pelajaran ICT

PRASEKOLAH
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

BIDANG SAINS & MATEMATIK
Sains
Matematik

BIDANG SAINS SOSIAL
Geografi
Sejarah
Kajian Tempatan
Ekonomi Asas
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Pendidikan Moral

BIDANG KESENIAN & KESIHATAN
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani
Sains Sukan
Pendidikan Kesihatan

Bahan P&P

MODUL DAN BUKU SUMBER
Modul Latihan Semakan Semula Kurikulum
Kit Program Transisi
Program Khas Murid Orang Asli
Modul Latihan Guru Tahun 1 - Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1
Modul English For Science and Technology
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR
Buku Sumber Sejarah KBSM
Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4 dan 5
Teks Tambahan Kajian Tempatan Tahun 6 (Semakan) 123456

Banyak perkara yang dipelajari hari in, tapi sayangnya ETeMS bukanlah opsyen kami semua yang mengikuti program Diploma Pendidikan Islam. Alangkah bagusnya jika apa yang kami pelajari hari ini adalah berkaitan secara langsung dengan Pendidikan Islam. Terfikir juga kenapa tidak ada pakar dari segi teknologi dan inovasi dalam Pendidikan Islam supaya terhasil modul-modul interaktif bertemakan teknologi dalam pengajaran Pendidikan Islam. Sehingga bertemu lagi dalam kuliah akan datang.

Monday, January 21, 2008

Kuliah minggu ke-3 (Lima Inisiatif KPM)

Alhamdulillah, kali ini dah dapat tulis dalam blog yang tergendala pada minggu lepas. Harap-harap minggu ini dapat melakukan tugasan dengan lebih baik lagi. Hari ini masuk je dalam makmal komputer, Cik Chin dah sedia menanti. Bertuah rasanya dapat pensyarah yang memberi komitmen padu untuk kami pada hari ini.

Sebelum mula kelas sempat juga edit blog yang lepas. Hari ini Cik Chin mulakan nota kuliah melalui slide power point Technology in Education & Instructional Technology. Melalui slide ini kami diterangkan mengenai beberapa topik penting termasuklah :



1. What is tecnology?
- Technology as Objects
- Technology as Knowledge
- Technology as Activities
- Technology as a Process
- Technology as a Sociotechnical System



2. Technology in Education
Dalam slide ini memang banyak maklumat. Better kalau semua pelajar dapat baca nota yang dihantar oleh pensyarah untuk maklumat lanjut.

Selesai penerangan slide show, Cik Chin terus ke laman web http://www.msc.com.my/smartschool/whatis/. Cik Chin menerangkan page by page setiap isi kandungan nota. Mata dah mengantuk ni, tapi mengenangkan pensyarah yang baik ni, tahan jugalah.

Hari ini Cik Chin menerangkan mengenai Inisiatif Pertama iaitu, Sekolah Bestari / Smart School. Antara perkara yang dipelajari pada hari ini termasuklah :

1. Background
The Malaysian Smart School Flagship was premised on the strong belief that information and communication technology is a key enabler to imparting the learning desire to all.
It was implemented on a Pilot basis between 1999 and 2002.
Deemed one of the most forward-looking ICT-mediated learning initiatives in the world, the Smart School Flagship attempts to reinvent the teaching-learning processes.

2. Vision
Find out more on the three core visions of the Smart School Flagship Application inspired by former Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3. Objectives
Have a closer look at the objectives of the Smart School, which are based on Malaysia's National Philosophy of Education.


Selanjutnya kami turut diberikan nota tentang Konsep Pembestarian Sekolah. Dalam slide show ini terdapat maklumat mengenai sekolah bestari merangkumi perkara berikut:

1. The Vision by Tun Dr. Mahathir and Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

2. Definisi
Pembestarian Sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
a)Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah;
b)Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
c)Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.

3. Projek Rintis Sekolah Bestari
- Konsep Sekolah Bestari.
- Ciri-ciri Sekolah Bestari

4. Komponen Utama Pembestarian
- Pengajaran da Pembelajaran
- Pengurusan dan Pentadbiran
- Sumber manusia, kemahiran dan tanggungjawab
- Proses
- Teknologi
- Dasar

5. Fokus Pembestarian
6. Keperluan Pembestarian
7. ‘LEVERAGING’ PADA SEMUA INISIATIF ICT SEDIA ADA
8. Perisian Kursus Sedia Ada
9. Bimbingan dan Latihan
10. Kerangka Konseptual Pembestarian Sekolah
11. Data Inisiatif ICT KPM
12. Faktor Penentu Kejayaan
13. Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah
14. Modul Sistem Pengurusan Sekolah Bestari Berbantukan ICT

Sebelum kelas berakhir Cik Chin sempat menjelaskan tentang seedwiki dengan cara melayari laman web http://www.seedwiki.com. So we meet again next week for more information from our lecturer.

Sunday, January 20, 2008

Pengalaman baru

Minggu kedua subjek Tenologi dan inovasi dalam pendidikan. Hari ini kami semua berkenalan dengan Prof Saedah Siraj. Kelas bermula dengan penerangan cik Chin tentang cara untuk mengisi maklumat dan buat blog. Kami semua dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan mengikut pensyarah yang tertentu. Saya dan rakan-rakan yang lain ditempatkan dalam kumpulan kedua di bawah bimbingan cik Chin.

Sebelum ke makmal komputer cik Chin dah menerangkan cara nak join yahoo group.
1. Layari laman web http://uk.groups.yahoo.com/group/DipEd2008/
2. Klik join this group
3. Masukkan id/password untuk sign in.
4.Klik pada menu Database
5. Klik menu DipEd2008
6. Tambah maklumat pada menu Add Record

Selepas selesai isi data yang diperlukan barulah boleh buat blog. Untuk buat blog ni :
1. Layari laman web http://www.blogspot.com/.
2. Sign in untuk keep in data.
3. Klik creat your blog now.

Nak mula buat blog je dah ada masalah, bila blog tak nak terima yahoo id, kena daftar gmail pula. Selesai daftar gmail baru boleh creat blog. Inilah pengalaman pertama buat blog, jadi banyaklah masalahnya. Beberapa kali cuba buat blog, ada je maklumat tak cukup. Sabar jelah. Dah siap buat blog nak buat link pula tak jadi. Sampai ke akhir kelas barulah boleh link, tapi tak sempat juga nak isi blog. Tak kisah lah tu, asalkan minggu depan dapat buat lebih baik pada minggu depan, InsyaAllah..