Monday, January 21, 2008

Kuliah minggu ke-3 (Lima Inisiatif KPM)

Alhamdulillah, kali ini dah dapat tulis dalam blog yang tergendala pada minggu lepas. Harap-harap minggu ini dapat melakukan tugasan dengan lebih baik lagi. Hari ini masuk je dalam makmal komputer, Cik Chin dah sedia menanti. Bertuah rasanya dapat pensyarah yang memberi komitmen padu untuk kami pada hari ini.

Sebelum mula kelas sempat juga edit blog yang lepas. Hari ini Cik Chin mulakan nota kuliah melalui slide power point Technology in Education & Instructional Technology. Melalui slide ini kami diterangkan mengenai beberapa topik penting termasuklah :



1. What is tecnology?
- Technology as Objects
- Technology as Knowledge
- Technology as Activities
- Technology as a Process
- Technology as a Sociotechnical System



2. Technology in Education
Dalam slide ini memang banyak maklumat. Better kalau semua pelajar dapat baca nota yang dihantar oleh pensyarah untuk maklumat lanjut.

Selesai penerangan slide show, Cik Chin terus ke laman web http://www.msc.com.my/smartschool/whatis/. Cik Chin menerangkan page by page setiap isi kandungan nota. Mata dah mengantuk ni, tapi mengenangkan pensyarah yang baik ni, tahan jugalah.

Hari ini Cik Chin menerangkan mengenai Inisiatif Pertama iaitu, Sekolah Bestari / Smart School. Antara perkara yang dipelajari pada hari ini termasuklah :

1. Background
The Malaysian Smart School Flagship was premised on the strong belief that information and communication technology is a key enabler to imparting the learning desire to all.
It was implemented on a Pilot basis between 1999 and 2002.
Deemed one of the most forward-looking ICT-mediated learning initiatives in the world, the Smart School Flagship attempts to reinvent the teaching-learning processes.

2. Vision
Find out more on the three core visions of the Smart School Flagship Application inspired by former Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3. Objectives
Have a closer look at the objectives of the Smart School, which are based on Malaysia's National Philosophy of Education.


Selanjutnya kami turut diberikan nota tentang Konsep Pembestarian Sekolah. Dalam slide show ini terdapat maklumat mengenai sekolah bestari merangkumi perkara berikut:

1. The Vision by Tun Dr. Mahathir and Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

2. Definisi
Pembestarian Sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
a)Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah;
b)Keupayaan guru mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
c)Pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran.

3. Projek Rintis Sekolah Bestari
- Konsep Sekolah Bestari.
- Ciri-ciri Sekolah Bestari

4. Komponen Utama Pembestarian
- Pengajaran da Pembelajaran
- Pengurusan dan Pentadbiran
- Sumber manusia, kemahiran dan tanggungjawab
- Proses
- Teknologi
- Dasar

5. Fokus Pembestarian
6. Keperluan Pembestarian
7. ‘LEVERAGING’ PADA SEMUA INISIATIF ICT SEDIA ADA
8. Perisian Kursus Sedia Ada
9. Bimbingan dan Latihan
10. Kerangka Konseptual Pembestarian Sekolah
11. Data Inisiatif ICT KPM
12. Faktor Penentu Kejayaan
13. Pelan Tindakan Pembestarian Sekolah
14. Modul Sistem Pengurusan Sekolah Bestari Berbantukan ICT

Sebelum kelas berakhir Cik Chin sempat menjelaskan tentang seedwiki dengan cara melayari laman web http://www.seedwiki.com. So we meet again next week for more information from our lecturer.

Sunday, January 20, 2008

Pengalaman baru

Minggu kedua subjek Tenologi dan inovasi dalam pendidikan. Hari ini kami semua berkenalan dengan Prof Saedah Siraj. Kelas bermula dengan penerangan cik Chin tentang cara untuk mengisi maklumat dan buat blog. Kami semua dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan mengikut pensyarah yang tertentu. Saya dan rakan-rakan yang lain ditempatkan dalam kumpulan kedua di bawah bimbingan cik Chin.

Sebelum ke makmal komputer cik Chin dah menerangkan cara nak join yahoo group.
1. Layari laman web http://uk.groups.yahoo.com/group/DipEd2008/
2. Klik join this group
3. Masukkan id/password untuk sign in.
4.Klik pada menu Database
5. Klik menu DipEd2008
6. Tambah maklumat pada menu Add Record

Selepas selesai isi data yang diperlukan barulah boleh buat blog. Untuk buat blog ni :
1. Layari laman web http://www.blogspot.com/.
2. Sign in untuk keep in data.
3. Klik creat your blog now.

Nak mula buat blog je dah ada masalah, bila blog tak nak terima yahoo id, kena daftar gmail pula. Selesai daftar gmail baru boleh creat blog. Inilah pengalaman pertama buat blog, jadi banyaklah masalahnya. Beberapa kali cuba buat blog, ada je maklumat tak cukup. Sabar jelah. Dah siap buat blog nak buat link pula tak jadi. Sampai ke akhir kelas barulah boleh link, tapi tak sempat juga nak isi blog. Tak kisah lah tu, asalkan minggu depan dapat buat lebih baik pada minggu depan, InsyaAllah..