Friday, March 28, 2008

Smart Board (11.03.08)

Interaktif WHiteboard.
Inilah agenda semua pelajar kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan DPLI. Hari ini semua kelas bergabung dalam makmal 2 Blok E. Sampai sahaja pagi ini kelas dah berisi, Cik Umi dan moderator Cik Fenny dah sedia menanti kehadiran kami semua.

Kelas dimulakan dengan penerangan pengenalan kepada IWB oleh Cik Fenny. Mula-mula tengok teruja seketika dengan kemajuan teknologi canggih zaman siber. Tapi bila difikirkan apa relevannya IWB dengan sekolah pedalaman yang serba kekurangan. Bila kita bercakap soal kemajuan teknologi kita kadangkala terlupa berapa banyak sekolah luar bandar dan pedalaman yang masih serba kekurangan. Insaf diri seketika.

Walau apapun sebagai guru nahu atau tidak mesti mempelajari setiap bidang ilmu baru sebagai bekalan. Seronok juga melihat Cik Fenny dengan mudahnya menggunakan segala tools yang ada dengan hujung jari. Tetapi apabila ada di kalangan kami yang diminta menulis di hadapan, barulah tahu tak semudah yang dilihat.

Selepas selesai sesi penerangan kami semua diminta buat satu aktiviti berkaitan dengan IWB bagi pendidikan Islam. Maka ramailah yang mula melakar dan buat aktiviti dengan menggunakan segala macam cara. Sekejap padam, sekejap tulis, rupa-rupanya lambat dan makan masa kalau hendak menghasilkan aktiviti menggunakan IWB. Hanya yang bertekun dan bersabar sahaja mampu melaksanakannya.

Sebelum kelas berakhir, kami diminta install software smartboard. Tugasan berikutnya kami semua dikehendaki menghasilkan aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam menggunakan IWB. Tugasan perlu diserahkan dan dibentangkan pada minggu terakhir. Harap-harap dapatlah menyelesaikan tugasan ini dengan baik walaupun masih bertimbun tugasan pensyarah lain yang belum selesai. Jumpa lagi di sesi berikutnya.

Mikro Teaching & Lesson Plan Pendidikan Islam (04.03.08)

Alhamdulillah, hari yang ditunggu untuk buat mikro teaching tiba juga akhirnya selepas tertangguh pada minggu lepas. Hari ini berdebar juga rasanya. Minggu lepas sempat lagi kenakan Sharmila suruh dia bentang sebagai denda tak datang sesi diskusi kali terakhir sebelum pembentangan. Pucat juga lah kawan kita yang seorang ni. Maaf ye Sha, akak gurau je.

Masa cabut undi minggu sebelumnya, sepatutnya kumpulan kami, Butterfly.net yang jadi kumpulan pertama buat mikro teaching. Tapi ada permintaan kumpulan lain nak bentang dulu. Jadi guru pertama mengajar adalah Ustazah Solehah, kumpulan kami pula ditugaskan oleh Cik Chin menilai kumpulan ini. Masa yang ditunggu pun tiba, kali ini kumpulan kami akan tunjukkan perlaksanaan Lesson Plan untuk mikro teaching Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, tajuk berkaitan Adab Memberi Sedekah dan Menerima Hadiah.

Sewaktu mula pembentangan berdebarnya hanya Allah yang tahu, mujurlah pengalaman mengajar dapat membantu untuk lakukan yang terbaik. Rakan-rakan yang lain pun dah banyak membantu dari segi nak buat lesson plan sampailah ke penyediaan bahan. Terima kasih khas buat adik-adikku Zi, Faridah dan Sharmila, semoga Tuhan memberkati usaha kita semua.

Kami mulakan mikro teaching dengan tayangan gambar untuk set induksi, Alhamdulillah jawapan yang diberikan menepati ramalan untuk meneruskan pengajian kepada topik perbincangan sebenar.




Sesi pengajaran seterusnya berjalan lancar. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat dalam kelas yang memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, memang anda semua pelakon yang berbakat. Terasa respon yang diberi memberi semangat untuk terus mengajar sebaik mungkin.

Kami akhiri mikro teaching dengan simulasi / tunjuk cara adab memberi hadiah daripada seorang ayah kepada anaknya. Terima kasih kepada pelakon utamanya Nizam dan Shahnaz atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya kumpulan terakhir yang membentang adalah kumpulan Ustaz Hadi yang mengajar bab ibadah. Macam-macam gaya pengajaran yang boleh dilihat hari ini. Semoga kita semua akan mengambil iktibar daripada mikro teaching hari ini sebagai bekalan semester depan untuk mikro teachiing yang sebenarnya.

PROMOSI MAKMAL KOMPUTER (19.02.08)

Minggu ini saya datang ke kelas seperti biasa awal daripada waktunya. Hari ini kumpulan saya bersama rakan-rakan yang lain akan membentangkan tugasan yang diberi berkenaan Promosi Makmal Komputer. Kumpulan kami dinamakan Butterfly.net, rasionalnya sebab rama-rama tu selalu terbang ke sana sini meneroka setiap sudut alam, jadi kami pun jadikan rama-rama sebagai contoh eksplorasi ilmu dalam dunia teknologi tanpa sempadan ini. Ahli kumpulan terdiri daripada saya dan tiga sahabat berkomitmen padu iaitu, Nurzihana, Che Sharmila dan Faridah.

Minggu lepas kami dah bincang nak buat promosi makmal melalui program Minggu Makmal Komputer yang akan berlangsung dari 3 - 7 Mac 2008 bertempat di sekolah menengah yang kami mengajar. Antara objektif penganjuran program ialah :

1. Mendedahkan pelajar dan guru kepada kepentingan penggunaan makmal komputer.
2. Memupuk minat para pelajar untuk mempelajari teknologi maklumat.
3. Menggalakkan guru-guru mengaplikasikan perisian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)

Aktiviti yang dirancang untuk Minggu Makmal Komputer ini terdiri daripada :

PROGRAM 1 : PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER
TARIKH : 3 MAC 2008 (GURU-GURU)
4 – 5 MAC 2008 (TINGKATAN 1-3)
6 MAC 2008 (TINGKATAN 4 & 5)
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

TEMA :TEKNOLOGI MAKLUMAT MERENTAS KURIKULUM

Misi
Menguasai pengetahuan dan kemahiran
literasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Visi
Melahirkan generasi celik IT yang mampu mengaplikasi penggunaannya dalam
kehidupan

MotoMemartabatkan pendidikan dengan
penguasaan teknologi maklumat

Piagam Pelanggan
Maka kami dengan penuh tekad dan iltizam
berjuang menyempurnakan hak-hak pelanggan
kami seperti berikut :

PROGRAM 2 : PERTANDINGAN
TARIKH : 6 MAC 2008
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH


1.GURU- Menghasilkan bahan pengajaran subjek masing-masing dengan menggunakan perisian daripada laman web yang berkaitan.

2.PELAJARMenghasilkan perisian persembahan “power point” berkaitan teknologi maklumat bagi kategori menengah rendah dan menengah atas.

~HADIAH MENARIK MENANTI PARA PESERTA~

PROGRAM 3 : PAMERAN
TARIKH : 3 -7 MAC 2008
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH


PROGRAM 4 : PENUTUP
TARIKH : 7 MAC 2008
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH


Hari ini kelas kami bergabung dengan kelas Prof Saedah Siraj, memandangkan Prof ada urursan. Maka pembentangan hari ini diadakan dalam Makmal Komputer 2, Blok E. Berdebar juga rasanya, maklumlah sebelum ini cuma belajar sesama kami sahaja dengan cik Chin. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar.

Kumpulan kami akan menjadi pembentang kedua. Sebelum pembentangan dimulakan kami upload file promosi makmal komputer ini ke yahoo group. Kami juga telah menyediakan brosur berkenaan program Minggu Makmal Komputer sebagai edaran kepada semua kumpulan.

Semasa pembentangan wakil kami, Faridah menerangkan setiap langkah aktiviti yang akan diadakan. Kami juga melibatkan penyertaan rakan-rakan untuk menjawab soalan penulisan jawi. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Selesai pembentangan kami terpaksa memikirkan pembentangan mikro teaching untuk subjek Pendidikan Islam bagi tugasan Lesson Plan. Minggu depan cikgu-cikgu di kelas cik Chin akan memulakan sesi P&P. Semoga kita semua berjaya melakukan yang terbaik. Wallahu A'lam.