Friday, March 28, 2008

Smart Board (11.03.08)

Interaktif WHiteboard.
Inilah agenda semua pelajar kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan DPLI. Hari ini semua kelas bergabung dalam makmal 2 Blok E. Sampai sahaja pagi ini kelas dah berisi, Cik Umi dan moderator Cik Fenny dah sedia menanti kehadiran kami semua.

Kelas dimulakan dengan penerangan pengenalan kepada IWB oleh Cik Fenny. Mula-mula tengok teruja seketika dengan kemajuan teknologi canggih zaman siber. Tapi bila difikirkan apa relevannya IWB dengan sekolah pedalaman yang serba kekurangan. Bila kita bercakap soal kemajuan teknologi kita kadangkala terlupa berapa banyak sekolah luar bandar dan pedalaman yang masih serba kekurangan. Insaf diri seketika.

Walau apapun sebagai guru nahu atau tidak mesti mempelajari setiap bidang ilmu baru sebagai bekalan. Seronok juga melihat Cik Fenny dengan mudahnya menggunakan segala tools yang ada dengan hujung jari. Tetapi apabila ada di kalangan kami yang diminta menulis di hadapan, barulah tahu tak semudah yang dilihat.

Selepas selesai sesi penerangan kami semua diminta buat satu aktiviti berkaitan dengan IWB bagi pendidikan Islam. Maka ramailah yang mula melakar dan buat aktiviti dengan menggunakan segala macam cara. Sekejap padam, sekejap tulis, rupa-rupanya lambat dan makan masa kalau hendak menghasilkan aktiviti menggunakan IWB. Hanya yang bertekun dan bersabar sahaja mampu melaksanakannya.

Sebelum kelas berakhir, kami diminta install software smartboard. Tugasan berikutnya kami semua dikehendaki menghasilkan aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam menggunakan IWB. Tugasan perlu diserahkan dan dibentangkan pada minggu terakhir. Harap-harap dapatlah menyelesaikan tugasan ini dengan baik walaupun masih bertimbun tugasan pensyarah lain yang belum selesai. Jumpa lagi di sesi berikutnya.

No comments: