Friday, March 28, 2008

Mikro Teaching & Lesson Plan Pendidikan Islam (04.03.08)

Alhamdulillah, hari yang ditunggu untuk buat mikro teaching tiba juga akhirnya selepas tertangguh pada minggu lepas. Hari ini berdebar juga rasanya. Minggu lepas sempat lagi kenakan Sharmila suruh dia bentang sebagai denda tak datang sesi diskusi kali terakhir sebelum pembentangan. Pucat juga lah kawan kita yang seorang ni. Maaf ye Sha, akak gurau je.

Masa cabut undi minggu sebelumnya, sepatutnya kumpulan kami, Butterfly.net yang jadi kumpulan pertama buat mikro teaching. Tapi ada permintaan kumpulan lain nak bentang dulu. Jadi guru pertama mengajar adalah Ustazah Solehah, kumpulan kami pula ditugaskan oleh Cik Chin menilai kumpulan ini. Masa yang ditunggu pun tiba, kali ini kumpulan kami akan tunjukkan perlaksanaan Lesson Plan untuk mikro teaching Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, tajuk berkaitan Adab Memberi Sedekah dan Menerima Hadiah.

Sewaktu mula pembentangan berdebarnya hanya Allah yang tahu, mujurlah pengalaman mengajar dapat membantu untuk lakukan yang terbaik. Rakan-rakan yang lain pun dah banyak membantu dari segi nak buat lesson plan sampailah ke penyediaan bahan. Terima kasih khas buat adik-adikku Zi, Faridah dan Sharmila, semoga Tuhan memberkati usaha kita semua.

Kami mulakan mikro teaching dengan tayangan gambar untuk set induksi, Alhamdulillah jawapan yang diberikan menepati ramalan untuk meneruskan pengajian kepada topik perbincangan sebenar.




Sesi pengajaran seterusnya berjalan lancar. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat dalam kelas yang memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, memang anda semua pelakon yang berbakat. Terasa respon yang diberi memberi semangat untuk terus mengajar sebaik mungkin.

Kami akhiri mikro teaching dengan simulasi / tunjuk cara adab memberi hadiah daripada seorang ayah kepada anaknya. Terima kasih kepada pelakon utamanya Nizam dan Shahnaz atas kerjasama yang diberikan.

Seterusnya kumpulan terakhir yang membentang adalah kumpulan Ustaz Hadi yang mengajar bab ibadah. Macam-macam gaya pengajaran yang boleh dilihat hari ini. Semoga kita semua akan mengambil iktibar daripada mikro teaching hari ini sebagai bekalan semester depan untuk mikro teachiing yang sebenarnya.

No comments: