Sunday, January 20, 2008

Pengalaman baru

Minggu kedua subjek Tenologi dan inovasi dalam pendidikan. Hari ini kami semua berkenalan dengan Prof Saedah Siraj. Kelas bermula dengan penerangan cik Chin tentang cara untuk mengisi maklumat dan buat blog. Kami semua dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan mengikut pensyarah yang tertentu. Saya dan rakan-rakan yang lain ditempatkan dalam kumpulan kedua di bawah bimbingan cik Chin.

Sebelum ke makmal komputer cik Chin dah menerangkan cara nak join yahoo group.
1. Layari laman web http://uk.groups.yahoo.com/group/DipEd2008/
2. Klik join this group
3. Masukkan id/password untuk sign in.
4.Klik pada menu Database
5. Klik menu DipEd2008
6. Tambah maklumat pada menu Add Record

Selepas selesai isi data yang diperlukan barulah boleh buat blog. Untuk buat blog ni :
1. Layari laman web http://www.blogspot.com/.
2. Sign in untuk keep in data.
3. Klik creat your blog now.

Nak mula buat blog je dah ada masalah, bila blog tak nak terima yahoo id, kena daftar gmail pula. Selesai daftar gmail baru boleh creat blog. Inilah pengalaman pertama buat blog, jadi banyaklah masalahnya. Beberapa kali cuba buat blog, ada je maklumat tak cukup. Sabar jelah. Dah siap buat blog nak buat link pula tak jadi. Sampai ke akhir kelas barulah boleh link, tapi tak sempat juga nak isi blog. Tak kisah lah tu, asalkan minggu depan dapat buat lebih baik pada minggu depan, InsyaAllah..

No comments: